Saturday, 31 March 2012


          RANCANGAN MENGAJAR


Nama Kelas: Pocoyo children's preschool
Bilangan murid: 25 Orang
Umur: 5 Tahun
Minggu & Hari: 6 & Selasa
Tarikh: 14.2.2012
Cadangan Masa: 30 Minit (9.00-9.30 pagi)
Tema: Perkerjaan
Tunjang Utama: Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai-Pendidikan Moral
Tunjang Disepadukan: Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika-Kreativiti
Standard Tunjang Utama: ( PM 9.1.3) Berani melibatkan diri dalam aktiviti.
Standard pembelajaran disepadukan: ( KTI 1.1.5) Mewarnakan gambar dalam ruang tertentu.
Objektif pembelajaran: di akhir pengajaran, murid boleh:
i) Berani melibatkan diri dalam aktiviti.
ii) Boleh mewarnakan gambar baju uniform dalam ruang tertentu.
Pengetahuan sedia ada:
i) Murid-murid sudah tahu jenis-jenis perkerjaan
Penerapan Nilai: Bersungguh-sungguh dan Berani
Alat Bantu Mengajar: Baju Uniform, Kad bergambar, warna, lembaran kerja, Cd player.
KBKK: Menjana Idea.




LANGKAH/ MASA

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


CATATAN

AKTIVITI GURU

AKTIVITI MURID
Set Induksi
(5 Minit)

- Guru masuk ke dalam kelas dengan menayangkan video kepada murid berkenaan jenis-jenis perkerjaan.

- Guru bersoal jawab dengan murid tentang jenis-jenis perkerjaan yang dilihat pada video.

- Murid melihat dengan penuh perhatian.



- Murid memberi respon kepada guru.
ABM: Cd Player, Speaker.

Objektif: -

Nilai: Bersungguh-sungguh

KBKK: Menjana Idea
Langkah 1
(6 Minit)

- Guru memasang LCD yang merupakan slide contoh jenis pakaian beruniform. 

- Guru bersoal jawab mengenai gambar-gambar pekerjaan yang di tunjukkan dan bercerita dengan murid tentang slide gambar tersebut. 

- Murid melihat dengan penuh perhatian.


- Murid mendengar dan memberi respon pada soalan guru.
ABM: LCD, laptop 
Objektif:-

Nilai: Bersunggguh-sungguh

KBKK: Menjana Idea
Langkah 2
(6 Minit)

- Guru memanggil beberapa orang pelajar untuk tampil ke hadapan.

-  Guru membawa keluar beberapa jenis baju perkerjaan uniform.

- Guru meminta beberapa murid yang tampil ke hadapan untuk memakai baju   yang di bawa keluar oleh guru.

- Guru bersoal jawab dengan murid tentang baju apa yang di pakai oleh rakan-rakan  mereka di hadapan.

- Beberapa orang murid tampil ke hadapan.


- Murid melihat dengan penuh perhatian.


- Murid memakai baju tersebut.




- Murid memberi respon pada soalan guru.
ABM: Baju Uniform.
Objektif: ( i )

Nilai: Bersungguh-sungguh dan Berani.

KBKK: Menjana Idea.
Langkah 3
(10 Minit)

- Guru mengedarkan lembaran kerja pada murid-murid untuk meminta mereka   mewarnakan gambar baju uniform yang disediakan dalam ruang tertentu.

- Murid mewarnakan lembaran kerja mengikut dalam ruang tertentu.
ABM: Lembaran kerja dan warna
Objektif: ( ii )
NILAI: Bersungguh-sungguh
KBKK: Menjana Idea
Penutup
(3 Minit)

- Guru merumuskan sesi pengajaran dan pembelajaran   dan bersoal jawab tentang apa yang dipelajari.




- Murid mendengar dan member respon soalan guru.
ABM: -
Objektif: ( i ) & ( ii )
Nilai: Bersungguh-sungguh dan berani
KBKK: Menjana Idea

impak:

Seramai 22/25orang pelajar berjaya mencapai objektif pembelajaran dengan menggunakan pendekatan ICT. namun terdapat 3orang pelajar gagal mencapai objektif mungkin kerana ABM yang digunakan kurang menyeronokkan. 

No comments:

Post a Comment