Saturday, 31 March 2012


Pengenalan
            
Teknologi untuk kanak-kanak pada masa kini semakin berleluasa. Teknologi juga dapat membantu guru untuk mengajar murid disekolah. Namun begitu, teknologi juga mudah mempengaruhi kanak-kanak dari segi kognitif, psikologi, fizikal dan emosi kanak-kanak. Teknologi juga mempunyai banyak kebaikan dan juga keburukkan yang dapat dikongsi bersama. Apa yang dimaksudkan dengan teknologi? Teknologi adalah suatu benda atau sistem hubungan telekomunikasi atau suatau alat yang direka cipta  untuk memudahkan manusia melakukan suatu kerja.

Definisi pekerjaan beruniform

Pekerjaan beruniform ini bermaksud pekerjaan-pekerjaan yang memakai pakaian yang sama seperti polis, askar, doktor dan lain-lain. Selain itu, pekerjaan beruniform ini selalunya bekerja sebagai pekerjaan kerajaan dimana memerlukan pakaian yang seragam dan menunjukkan bahawa pekerja tersebut dibawah pekerjaan kerajaan.



          RANCANGAN MENGAJAR


Nama Kelas: Pocoyo children's preschool
Bilangan murid: 25 Orang
Umur: 5 Tahun
Minggu & Hari: 6 & Selasa
Tarikh: 14.2.2012
Cadangan Masa: 30 Minit (9.00-9.30 pagi)
Tema: Perkerjaan
Tunjang Utama: Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai-Pendidikan Moral
Tunjang Disepadukan: Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika-Kreativiti
Standard Tunjang Utama: ( PM 9.1.3) Berani melibatkan diri dalam aktiviti.
Standard pembelajaran disepadukan: ( KTI 1.1.5) Mewarnakan gambar dalam ruang tertentu.
Objektif pembelajaran: di akhir pengajaran, murid boleh:
i) Berani melibatkan diri dalam aktiviti.
ii) Boleh mewarnakan gambar baju uniform dalam ruang tertentu.
Pengetahuan sedia ada:
i) Murid-murid sudah tahu jenis-jenis perkerjaan
Penerapan Nilai: Bersungguh-sungguh dan Berani
Alat Bantu Mengajar: Baju Uniform, Kad bergambar, warna, lembaran kerja, Cd player.
KBKK: Menjana Idea.




LANGKAH/ MASA

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


CATATAN

AKTIVITI GURU

AKTIVITI MURID
Set Induksi
(5 Minit)

- Guru masuk ke dalam kelas dengan menayangkan video kepada murid berkenaan jenis-jenis perkerjaan.

- Guru bersoal jawab dengan murid tentang jenis-jenis perkerjaan yang dilihat pada video.

- Murid melihat dengan penuh perhatian.



- Murid memberi respon kepada guru.
ABM: Cd Player, Speaker.

Objektif: -

Nilai: Bersungguh-sungguh

KBKK: Menjana Idea
Langkah 1
(6 Minit)

- Guru memasang LCD yang merupakan slide contoh jenis pakaian beruniform. 

- Guru bersoal jawab mengenai gambar-gambar pekerjaan yang di tunjukkan dan bercerita dengan murid tentang slide gambar tersebut. 

- Murid melihat dengan penuh perhatian.


- Murid mendengar dan memberi respon pada soalan guru.
ABM: LCD, laptop 
Objektif:-

Nilai: Bersunggguh-sungguh

KBKK: Menjana Idea
Langkah 2
(6 Minit)

- Guru memanggil beberapa orang pelajar untuk tampil ke hadapan.

-  Guru membawa keluar beberapa jenis baju perkerjaan uniform.

- Guru meminta beberapa murid yang tampil ke hadapan untuk memakai baju   yang di bawa keluar oleh guru.

- Guru bersoal jawab dengan murid tentang baju apa yang di pakai oleh rakan-rakan  mereka di hadapan.

- Beberapa orang murid tampil ke hadapan.


- Murid melihat dengan penuh perhatian.


- Murid memakai baju tersebut.




- Murid memberi respon pada soalan guru.
ABM: Baju Uniform.
Objektif: ( i )

Nilai: Bersungguh-sungguh dan Berani.

KBKK: Menjana Idea.
Langkah 3
(10 Minit)

- Guru mengedarkan lembaran kerja pada murid-murid untuk meminta mereka   mewarnakan gambar baju uniform yang disediakan dalam ruang tertentu.

- Murid mewarnakan lembaran kerja mengikut dalam ruang tertentu.
ABM: Lembaran kerja dan warna
Objektif: ( ii )
NILAI: Bersungguh-sungguh
KBKK: Menjana Idea
Penutup
(3 Minit)

- Guru merumuskan sesi pengajaran dan pembelajaran   dan bersoal jawab tentang apa yang dipelajari.




- Murid mendengar dan member respon soalan guru.
ABM: -
Objektif: ( i ) & ( ii )
Nilai: Bersungguh-sungguh dan berani
KBKK: Menjana Idea

impak:

Seramai 22/25orang pelajar berjaya mencapai objektif pembelajaran dengan menggunakan pendekatan ICT. namun terdapat 3orang pelajar gagal mencapai objektif mungkin kerana ABM yang digunakan kurang menyeronokkan. 

Saturday, 10 March 2012


Mari menari bersama.... 









Gambar-gambar pekerjaan beunifom



DOKTOR
tugas merawat pesakit 







JURURAWAT
tugas merawat dan menjaga pesakit







POLIS
tugas menangkap jenayah






ASKAR
Tugas menjaga keamanan negara.